Mengenai Kami

Kumpulan KIK Be-Tech dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong telah bergerak menuju penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, yang pada akhirnya dapat mengurangkan beban yang selama ini ditanggung oleh petugas KBDR. Projek K-4U (Care For You) adalah proses kerja baru yang membolehkan petugas KBDR membuat laporan untuk Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR).

Manakala, Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut. Jabatan ini berusaha untuk memastikan bahawa setiap individu dan keluarga yang memerlukan bantuan dapat menerimanya. Dengan berbagai perkhidmatan dan program yang ditawarkan, mereka berdedikasi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Bahagian Betong dan sekitarnya.

Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial

Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat

  • Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
  • Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
  • Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
  • Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
  • Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
  • Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.

Informasi

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong

Tingkat Bawah, Blok C, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri,
Kawasan Bandar Betong, Jalan Setia Raja, 95700 Betong, Sarawak
No. Tel. : 083-472216
No. Faks : 083-471796

Pautan