Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong terletak di Tingkat Bawah, Blok C, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Kawasan Bandar Betong, Jalan Setia Raja, 95700 Betong, Sarawak. Pejabat ini memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong juga mempunyai sebuah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok. Anda boleh menghubungi pejabat ini melalui nombor telefon: 083-472216. Jabatan ini berusaha untuk memastikan bahawa setiap individu dan keluarga yang memerlukan bantuan dapat menerimanya.
Dengan berbagai perkhidmatan dan program yang ditawarkan, mereka berdedikasi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Bahagian Betong dan sekitarnya.

VISI
Peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat

MISI
Memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial

MOTO
Berkat Berjasa
Ikrar
"Bahawa Kami Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Dengan Sesungguhnya Berikrar Bahawa Kami Akan Berkhidmat Dengan Cekap, Jujur Dan Amanah Dalam Menyempurnakan Tanggungjawab Dan Kewajipan Kami Untuk Menyampaikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Dengan Penuh Taat Setia Kepada Organisasi Kami Berlandaskan Budaya Kerja Cemerlang"


Kod Etika Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kod Etika Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah piawaian yang diamalkan oleh pekerja yang kompeten, berdisiplin tinggi, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas untuk menjamin perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyakarat yang berkesan dan berkualiti.
Objektif
Meningkatkan kompetesi
Prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan;
Meningkatkan keupayaan
Memberi nafas baharu kepada organisasi, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan
Memperluas jaringan kerja
Kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara
Membudayakan patriotisme
Nilai-nilai murni, etos dan integriti
Intergriti, Baik Hati, Professionalisme, Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya, Semangat Berpasukan, Berorientasikan Hasil
3 Tema Strategik JKMS
Kecemerlangan Operasi
Meningkatkan keupayaan pegawai dan persekitaran kerja yang lebih kondusif

Perkongsian Yang Berkesan
Meningkatkan penggunaan sumber berkualiti daripada rakan strategik dalam menyokong penyampaian program perkhidmatan

Kecemerlangan Perkhidmatan
Penggunaan sumber yang cekap dan berkesan dalam pelaksanaan penyampaian program kepada golongan sasar
