
Rabu 31 Julai 2024, Jawatankuasa Bencana Bahagian Betong bersama Pejabat Kebajikan Daerah Saratok telah menyalurkan 1054 kotak bantuan air minuman kepada penduduk Kampung Tengah Kupang. Seramai 527 orang penduduk mendapat manfaat dari bantuan ini dengan agihan 2 kotak seorang.
Permohonan bantuan ini telah dibuat pada Khamis 25 Julai 2024 baru-baru ini oleh JKKK Kampung Tengah Kupang ekoran dari keadaan cuaca panas berpanjangan serta bimbang dengan berita penularan wabak AGE baru-baru ini.
KK Mahmud bin Merdan yang juga pengerusi JKKK Kampung Tengah diketika ditemui menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah dan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Daerah Saratok, Jawatankuasa Bencana Daerah dan Pejabat Kebajikan Daerah Saratok yang telah bertindak pantas, cekap dan proaktif dalam menghulurkan bantuan.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli JKKK serta seluruh penduduk Kampung Tengah Kupang yang telah membantu pengagihan bantuan pada hari ini.