Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Satelite Office (Kaunter Perkhidmatan JKM) seperti keterangan berikut :
Tarikh: 9 Oktober 2023 (Isnin)
Tempat: Pejabat Daerah Kabong
Masa: 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tujuan:
1. Kad Biru - Lapor Diri Penerima Bantuan Bulanan JKM
2. Permohonan Bantuan Bulanan JKM
3. Pertanyaan status permohonan bantuan bulanan JKM
4. Permohonan Pendaftaran OKU
5. Permohonan Bantuan Ibu Bersalin
6. Permohonan Bantuan Ihsan Kematian
7. Permohonan Usahawan Wellbest
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk bersama-sama membuat hebahan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta orang awam di sekitar kawasan tersebut.
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT BANTUAN KESEJAHTERAAN SOSIAL,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok