Makluman Terkini

Program Gotong Royong Di Rumah En. Salleh, Kampung Tanjung Saratok

Program Gotong Royong Di Rumah En. Salleh, Kampung Tanjung Saratok

Tarikh: 8 Oktober 2023 (Ahad)
Dikelola Oleh: Pelatih Industri PKMD Saratok, Sukarelawan dan Kakitangan PKMD Saratok
Sumbangan Ikhlas dari Yang Berhormat Tuan Mohamad bin Duri, Ahli Dewan Undangan Negeri N.38 Kalaka.
Pengisian:
Program tersebut dijalankan oleh pelatih industri di PKMD Saratok. Matlamat utama program ini dijalankan bertujuan untuk membersih rumah klien homehelp yang bernama Puan Lohan Binti Ganti.
Puan Lohan yang mengalami masalah pergerakan yang terhad memandangkan beliau mengalami masalah penglihatan dan sekarang menumpang di rumah Encik Salleh yang merupakan adik ipar beliau.
Beliau merupakan penerima Bantuan Warga Emas @ RM500.00 sebulan dari PKMD Saratok sejak Mei 2012.
Selain itu, YB Mohamad Bin Duri turut memberi sumbangan peribadi dalam bentuk makanan kering dan keperluan harian. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, En. Abdul Shamat bin Kassim.
Turut hadir pada program tersebut Cik Hajah Dayang Nor Fitri binti Abang Sapini , selaku Penyelaras Unit Pembangunan Komuniti Sukarela Bahagian Betong.
PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH SARATOK

Related Articles

Informasi

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong

Tingkat Bawah, Blok C, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri,
Kawasan Bandar Betong, Jalan Setia Raja, 95700 Betong, Sarawak
No. Tel. : 083-472216
No. Faks : 083-471796

Pautan